Manusia menterjemahkan perasaan sayang melalui banyak cara; antaranya menyatakan dengan kata-kata sayang, puji-memuji, tutur kata yang indah didengar dan berkesan di hati serta tak kurang juga yang meluahkannya menerusi perbuatan seperti mengambil berat perihal orang yang tersayang, bersikap ingin melindungi dan menemaninya ketika senang atau susah.
Namun, bagai manakah caranya Allah menunjukkan tanda kasih-Nya kepada kita? Tak lain tak bukan, sudah tentu la melalui ujian-ujian yang ditimpakan kpd kita. Hal ini kerana, pabila kita ditimpa sesuatu musibah, pasti kita akan kembali ke pangkal jalan..bertaubat..mengadu segala masalah dan memohon pertolongan daripada-Nya. Allah sangat suka akan hamba-hamba-Nya yang bertaubat dan meminta pertolongan daripada-Nya. Tak macam manusia kan..makin banyak kita minta pertolongan dengan orang, makin menyampahlah orang dgn kita..btul x?
Oleh itu, banyakkan bersabar dan mohon ampun daripada-Nya serta mohon dibukakan jalan penyelesaian bagi semua masalah agar dapat diatasi dengan jayanya.
اللهُمَّ لا سَهْلاً إلا مَا جَعَلْتَهْ سَهْلاً وأنتَ تَجْعَلُ سَهْلا ً إن شِئْتَ سَهْلاً
No comments:
Post a Comment