Pagi ini, terpandang pada suatu post y telah di publish at my fb..lantas jemariku terus meng'klik' pd link tersebut..walaupun masih berstatus single tapi x salahkan tuk kita membacanya sekadar menambahkan pengetahuan sedia ada juga sebagai persediaan awal ke gerbang perkahwinan.
Buat para suami/isteri, disini ingin ana kongsikan dengan kalian artikel bertajuk khasiat memeluk isteri. hah korang jgn tak tahu, peluk antara suami isteri ade khasiatnya..(hehe..kpd yang belum berkahwin, dilarang mencubanya ok?)
Menurut Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, seorang suami yang memeluk isterinya sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun. Fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Bagaimana pun, sebagai seorang Muslim kita perlu ingat bahawa ajal maut itu di tangan Allah, sebagaimana firmanNya Ta'ala:
"لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ إذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأخِرُونَ سَاعَةٌ ولاَ يَسْتَقْدِمُونَ"
Maksudnya: "tiap-tiap umat itu mempunyai ajal. Apabila tiba ajal mereka, mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat dan tidak (juga) mendahulukannya".
(Surah Yunus: 49)
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semulajadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Selain daripada mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami isteri juga adalah merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. Terdapat juga kajian di Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
"Oleh itu, suami yang inginkan isterinya turun berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap" , katanya yang disambut hilai tawa yang gamat daripada peserta Persidangan Ketiga Perubatan daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang, baru-baru ini.
Jelas beliau lagi, hubungan seks dengan penuh kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk kelihatan awet muda dan berketerampilan menarik.
Selamat membaca dan Selamat beramal ^_^
Sumber: http://www.ar-rifke.com/2011/10/tips-rumah-tangga-bahagia-ketahui-tips-khasiat-peluk-isteri.html