Thursday, August 25, 2011

Salam Eidul Fitri, Maaf Zahir & Batin

(Sila klik pada gambar di atas..)

Sedar tak sedar, pejam celik-pejam celik...rupanya sudah 26 hari (26 Ramadhan) umat Islam menunaikan ibadah puasa. Tatkala buka tv, radio, internet dan media massa yang lain, berkumandanglah lagu2  raya, ucapan raya, menu2 wajib raya.baju raya...(duit raya???) :D pendek kata, semuanya bab raya la...alahai...pose sebulan kemain liat, raya mau nk sebulan lak..manusia...manusia...

Dalam pada kita sibuk2 buat persiapan & persediaan raya ni, perhatikanlah si kecil dan anak2 di rumah agar tidak terjadi perkara-perkara yang tidak diingini. yelah kan, sekarang kan 'berleluasa' jualan mercun dan bunga api. Dengan harga tertentu yang tidak membebankan poket mereka, mereka mampu membeli dan memiliki mercun sendiri menggunakan wang saku sekolah yang diberikan oleh ibu bapa. Dalam ralit bermain dan memasang pelita raya, berhati2lah dan awasilah anak-anak agar tiada kebakaran raya pulak yang terjadi.

Menyesal kemudian, tiada berguna

Kepada yang ingin pulang ke kampung halaman, hati2 di jalan raya. Amalkanlah tagline 'pandu cermat, jiwa selamat'. Semua orang ingin sampai cepat ke destinasi, tak perlu 'bergaduh' & 'berlumba di lebuhraya. Ingatlah insan2 tersayang yang menanti penuh sabar agar pulang dengan selamat. Apa guna lagi jika hanya jasad kaku yang perlu disemadikan yang 'selamat' tiba ke destinasi. Beringatlah sebelum terkena. Janganlah kerana kecuaian kita, kita telah 'membunuh' insan2 yang tak sepatutnya. Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t. agar selamat perjalanan nanti :)
(kereta raya...hehehe..)


Namun begitu, jgnlah sekali2 kita lupa tuk menambahkan amal ibadah (nasihat tuk diri sndri jge) pada waktu2 terakhir Ramadhan yang masih berbaki ini. Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah s.w.t. Dalam pada itu, jgn lupa tuk bayar zakat fitrah ye...:)



Akhir kata, Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin tuk semua. Mulut adakala salah berbicara, tangan adakala salah terambil, kaki adakala salah terpijak, hati adakala salah berprasangka, Mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dari kami sekeluarga. 


(Foto raya 2009)





Wednesday, August 17, 2011

Malam Lailatul Qadr

Allah Ta'ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar".
Kebanyakan ulama' Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.
Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.
Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu', beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.
Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:
  • Menghayati malam tersebut dengan ibadah
  • Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
  • Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama' menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :
  • Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
  • Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
  • Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  • Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar

Tuesday, August 16, 2011

Ya Allah...Dengarlah Rintihanku..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin

.::Pilihan Yang Ada, Boleh Tengok2::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...