Bebanan tugas dan tanggungjawab yang makin bertambah menjadikan rutin harian seolah-olah tiada masa untuk dilaksanakan. Semakin diuar-uar akan mengurangkan tugas perkeranian kalangan guru semakin bertambah bebanan pengisian data dan laporan. Bagaimana harus pengajaran & pembelajaran mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan dengan jayanya, andai masa P&P tersebut terpaksa dikorbankan dengan menghadiri kursus yang tidak putus-putus.
Kesuntukan masa untuk menyediakan BBM yang sesuai semasa P&P menjadikan sesi pengajaran tampak hambar. Masa-masa kosong terpaksa dipenuhi dengan kerja-kerja perkeranian yang tak pernah-pernah surut. Kursus demi kursus berkaitan pengisian data ini...data itu..laporan ini...laporan itu...bukan ingin mengeluh..bukan juga tidak bersyukur...cuma mohon tidak di'berat'kan lagi bebanan yang sedia ada. Kelak nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Siapa yang tidak mahukan pembaharuan dan belajar sesuatu yang baru, tetapi jika yang 'lama' masih tidak dapat dilaksanakan dengan baik, tak mustahil akan berlaku pertindangan dan semakin mengucar-kacirkan keadaan...
Walaubagai manapun, Allah sentiasa ada bersama dengan kita. Sesungguhnya, tiap2 sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahNya..Duhai hati, tangani dan hadapilah dengan sabar..