Friday, December 10, 2010

Sesi Persekolahan Semakin Hampir..

Bestnye dapat cuti panjang-panjang. Lepaskan gian tidur memanjang (hehe). Tapi hidup mesti diteruskan. Tanggungjawab mesti dilaksanakan. Tugas telah sedia menanti. Harap-harap dapat menggalas bebanan amanah tersebut dengan baik dan jayanya.

Tahun baru, sesi persekolahan baru, murid baru, jadual baru dan tugas pun dapat yang baru. Kawan sekerja baru? Mmm..still dapat yang lama... ( :'( ) Tarikh mesyuarat semakin hampir bermakna sesi tahun baru kian menjelma. Rasa-rasanya baru je semalam test drive kereta dan pusing-pusing kawasan rumah. Alih-alih tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk memandu sendiri ke sekolah. Ya Allah, berilah kekuatan dan keyakinan untukku memandu..Amiin.

Kadangkala, sikap gemuruh seseorang itu dapat mengawal minda dan pergerakan tubuhnya. Hilangnya keyakinan diri adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya; Pertama: ketidakpercayaan dengan kebolehan sendiri. Selalu merasa rendah diri dan takut untuk mencuba. Walhal setiap orang mampu melakukannya asalkan dapat mengatasi perasaan takut tersebut.  

Kedua; Persepsi masyarakat sekeliling. Mulut tempayan bolehlah ditutup manakan sama dengan mulut orang. Kata-kata negatif yang sering dilontarkan boleh melemahkan semangat seseorang, membataskan kemampuannya kerana ia mampu menimbulkan keraguan dan hilang keyakinan diri. Sebagai contoh, masyarakat kita sentiasa menggunakan unsur sindiran dalam percakapan untuk memperlekehkan kemampuan seseorang individu itu. Walhal ia belum melihat lagi sejauh mana hasil yang dapat dibuktikan. Sewajarnya, kita hendaklah sentiasa memberi kata-kata dorongan dan perangsang yang positif agar dapat membentuk jati diri yang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu demi menghasilkan impak yang terbaik.

Ketiga; terlalu memikirkan dan mementingkan kesempurnaan.Walhal setiap manusia itu takkan lari dari melakukan kesilapan. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w: الإنسان لا يخلو عن الخطإ والنسيان
Maksudnya: "Manusia itu takkan lari dari melakukan kesilapan". Rentetan daripada itu, Quran diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai mukjizat agung adalah sebagai peringatan & muhasabah kepada sekalian umat Islam. Kerana tiada insan yang dilahirkan sempurna dalam segala hal kecuali hanya Yang Maha Sempurna iaitu Allah s.w.t. Oleh itu, akuilah kekurangan diri dan bangkit bermuhasabah agar tidak melakukan kesilapan yang sama dalam hidup ini.

Esok..nak cuba drive  lagi walaupun sekadar kawasan perumahan ni. Biarlah ada mata-mata yang memandang hairan  kerana 3-4 kali pusing adalah kereta yang sama (hehe..dalam hati hanya Allah shj yang tau betapa malunye dipandang pelik). Dek kerana ingin mahir mengendalikan stereng, ku atasi juga sikap penakutku ini..Tanamkan tekad dengan semangat "Yakin Boleh!!"..aku sebenarnya boleh melakukan. insyaAllah.

Wednesday, December 8, 2010

Majlis Konvokesyen KPLI j-QAF Mode LPBS Ambilan Januari 2009


Sedetik bersama, terkenang selamanya. Tiada ucapan yang lebih bernilai daripada ungkapan "terima kasih" khasnya buat teman-teman seperjuangan PAI 3 JAN 2009; Kak Zatty (PKU berwibawa), K.Imah (photografer PAI3), K.Gee (pelawak antarabangsa), K.Nor (tukang gelak yang setia), K.Sarah (driver berhemah di jalanraya), K.Wani (housemate budiman yang awal sentiasa), K.Ain (motivater), K.Maa (supporter), K.Su (penglipur lara), K.Wa (yang baru belajar bergaya), tak lupa kepada k.Tipah dan K.Ta juga.

Kalian sering membantu, saling berganding bahu.. Sentiasa memahami, senantiasa memberi motivasi.. Kepayahan, Kesukaran..dihadapi dan ditangani bersama.. Kesenangan, Kejayaan..Dirai dan dikecapi bersama.. Meskipun tempoh perkenalan itu singkat, namun ukhwah yang terjalin tetap erat.Rapat.Akrab. Ana sayaaaaaanngg kalian..Betul sayang. Sungguh sayang.

Semoga ikatan persahabatan ini kekal selamanya hingga ke syurga.. Selamat menabur khidmat dan budi kepada negara. Semoga menjadi modal insan yang berjaya di dunia jua di akhirat sana..

سيروا علي بركة الله.. أحبكن في الإسلام لله

Tuesday, December 7, 2010

Ingin Menjadi Guru yang Dedikasi


Seringkali orang menganggap, kerjaya guru adalah pilihan terakhir dalam senarai pilihan bidang pekerjaan. Mengapa dan kenapa? (hehe bkn same j ke mksud tuh?huhu) kerana ramai yang beranggapan kerjaya guru ini, mudah diperolehi dan tak sukar untuk dikendali meskipun bermula dengan tiada pengalaman. mmm...siapa cakap tu? sebenarnya..bukan senang untuk meng'orang'kan orang yang telah sedia orang tetapi tidak menjadi orang..hehe ade faham? alaa...uat2 faham je r.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Hadits ini diriwayatkan Al-Imam At-Tirmidzi di dalam Sunan beliau no. 2681, Ahmad di dalam Musnad-nya (5/169), Ad-Darimi di dalam Sunan-nya (1/98), Abu Dawud no. 3641, Ibnu Majah di dalam Muqaddimahnya dan dishahihkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Hibban. Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah mengatakan: “Haditsnya shahih.” Lihat kitab Shahih Sunan Abu Dawud no. 3096, Shahih Sunan At-Tirmidzi no. 2159, Shahih Sunan Ibnu Majah no. 182, dan Shahih At-Targhib, 1/33/68)

Ungkapan..."العلماء ورثة الأنبياء" yang berMaksud:
"Para Ulama' (cendikiawan) itu adalah pewaris para nabi".. Orang yang berilmu wajib menyebarkan ilmu yang ada padanya kepada orang lain walaupun sebesar zarah..kerana Ilmu itu akn bermanfaat jika disebar & diamalkan. siapakah golongan yang senantiasa memberi ilmu kepada insan2 yang menuntut ilmu itu? oo...of cos la kelompok yang digelar CIKGU..TEACHER&SIR..USTAZ&USTAZAH..dan seterusnya. Menuntut ilmu, dapat pahala..mengamalkan ilmu, pun dapat pahala..mengajarkan ilmu, lagi dapat pahala..malah, jika orang yang diajar mengamalkan apa yang telah dipelajari dengan betul kita juga turut beroleh pahala yang sama :) Subhanallah...Maha Pemurah & pengasihnya Allah..Maha Luas rahmatNYa kpd hambaNYa.

Ahaa...Mulianya kerjaya seorang guru.Jangan pandang remeh tau..usah pandang enteng.. Oleh itu..usah menganggap kerjaya guru ini mudah atau hanya sekadar mengajar di sekolah. malah sebenarnya ia lebih dari itu. Guru adalah murabbi..pemberi ilmu pendidik kalbu.. dalam konteks lain, murid lebih menurut & mempercayai kata-kata guru berbanding kata-kata ibu bapa mereka sendiri. Justeru itu, hati-hatilah dalam mendidik agar tidak tersalah asuhan..

Salam muhasabah diri pada tahun baru 1432 H ini.. semoga menjadi murabbi sejati.. mursyidul am littullab wal ammah..

.::Pilihan Yang Ada, Boleh Tengok2::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...