Thursday, June 7, 2012

Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan



Segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat dan kurniaNya kepada hamba-hambaNya ini. Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. kekasih Allah, rasul utusan sepanjang zaman. Alhamdulillah..walhamdulillah..thummal hamdulillah..berkat doa kalian semua, segala perancangan kami dipermudahkan..
2 Jun 2012 (Sabtu)
Majlis Perkahwinan (2 Jun 2012 /Sabtu)
majalah edisi terhad..hehhee
Terima kasih kepada semua pihak yang membantu, berkorban masa, tenaga dan kewangan..expecially 4 my beloved mother ^_^ <thanks a lot 4 everything> abah juga.. my beloved siblings...<angah..achik...atin..hisyam..miru..payeh> sgala jasa penat kalian, along sgt hargai..terima kasih..tak lupa juga buat m.sedara yg sudi berpenat lelah dari awl mjlis hgga akhir majlis <Nanie Zaki>..
Angah & Achik
Pengantin bergambar dgn Su, mek na & ijah
bersama anak2 buah


Santapan utk pengantin makan beradab
Rombongan pihak lelaki
Hantaran ikhlas drpd pengantin lelaki
Hantaran ikhlas drpd pengantin perempuan

Keluarga kita
Jutaan terima kasih juga tidak dilupakan buat keluarga mertua & adik-adik ipar yang bertungkus lumus menyempurnakan Majlis Sambut Menantu pada 4 Jun 2012 (Isnin) baru-baru ini. Doakan agar perkahwinan kami berkat & bahagia hingga ke syurga..amiin..

Terima kasih juga buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis perkahwinan kami.. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian kepada kami.. Terima kasih..
bersama kakak & adik2 ipar
bingung si botak memerhatikan aksi 2 org ini

Sunday, April 8, 2012

Ya Allah..sempurnakanlah iman kami. . . .



Rasulullah S.A.W. bersabda,


“Apabila seseorang dari umatku telah mendirikan sebuah perkahwinan, maka dia telah melengkapkan separuh daripada agamanya”.

Sabda Rasulullah S.A.W lagi:

“Sesiapa yang berkahwin seperti dia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah bagi sebahagian yang lain yang masih tinggal”.
(Riwayat Al-Bauhaqi)


Diriwayatkan oleh Maisaran Bin Ali dari
Abu Said Al-Khudri. 
“Sesungguhnya apabila  suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih) Maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka”.

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Andai kau berkenan limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi kami, maka
Cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu,
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalamperibadatan.
Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan
Perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal Alamin 



Tuesday, March 6, 2012

Hari Bahagia..Menikmati Detik-detik Saat Yang Masih Bersisa

Merisik..Melamar..Bertunang..Berkahwin..

Kebanyakannya, melaksanakan yang adat melebihi dari apa yang digariskan oleh syariat Islam. Perkahwinan itu sebenarnya adalah suatu tanggungjawab, 1 cabang untuk menyempurnakan iman, dan sunnah Rasulullah s.a.w., bukannya medan pertunjukkan siapa paling kaya, paling menawan atau paling hebat.

                                                                                                   : قال النبي صلى الله عليه وسلم
 " النكاحُ سُنَّتِي فمن رَغِبَ عن سُنتي فليسَ مِني "
Nabi s.a.w telah bersabda:
"Pernikahan itu adalah sunnahku, maka barangsiapa yang tidak mahu mengikut sunnahku dia bukan kalangan umatku"


Perkahwinan..dapat menjaga pandangan mata, mengawal hati dan melampiaskan nafsu secara halal dan sah disisi agama. Perkongsian hidup, perasaan, mata pencarian..dinikmati bersama bukan hanya sekadar suka-suka pada sebelah pihak sahaja. Sikap saling memahami, bertolak-ansur, percaya-mempercayai, tolong - menolong, jujur dan setia antara suami isteri dapat mengekalkan kebahagiaan hingga ke akhirnya, insyaAllah.

Zuriat yang dilahirkan hasil daripada perkahwinan tersebut, wajib dididik, diasuh, ditarbiah dan dijaga bersama bukan bergantung atau digalas oleh sebelah pihak sahaja. Disamping itu, tidak mengabaikan ketaatan kepada ibu bapa, tanggungjawab kepada adik-beradik, malah seluruh keluarga amnya. Sama ada daripada pihak keluarga sendiri mahupun keluarga mertua.

Ya Allah Ya Muhaimin..
Bantulah insan-insan yang bakal bergelar suami isteri ini..
Dalam menempuh liku-liku pada hari mendatang..

Ya Rabbi Ya Karim..
Tenangkanlah hati-hati bakal raja sehari ini,
Dalam melawan godaan nafsu dan bisikan syaitan yang menduga..

Ya Ilahi Ya Azim,
Satukanlah jiwa dan jasad bakal pasangan sehidup mati ini,
Dalam naungan rahmatMu dan limpahan kasihMu..

Amin..
Amin ya rabbal 'aalamiin...

Bingkisan hati:
Syifa'uddin 
# 12:58 pagi
# 6 Mac 2012 (Selasa)

Sunday, January 8, 2012

Ketahui Tips Bahagia

Pagi ini, terpandang pada suatu post y telah di publish at my fb..lantas jemariku terus meng'klik' pd link tersebut..walaupun masih berstatus single  tapi x salahkan tuk kita membacanya sekadar menambahkan pengetahuan sedia ada juga sebagai persediaan awal ke gerbang perkahwinan. 

Buat para suami/isteri, disini ingin ana kongsikan dengan kalian artikel bertajuk khasiat memeluk isteri. hah korang jgn tak tahu, peluk antara suami isteri ade khasiatnya..(hehe..kpd yang belum berkahwin, dilarang mencubanya ok?)

Menurut Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, seorang suami yang memeluk isterinya sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun. Fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Bagaimana pun, sebagai seorang Muslim kita perlu ingat bahawa ajal maut itu di tangan Allah,  sebagaimana firmanNya Ta'ala:

"لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ إذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأخِرُونَ سَاعَةٌ ولاَ يَسْتَقْدِمُونَ"

Maksudnya: "tiap-tiap umat itu mempunyai ajal. Apabila tiba ajal mereka, mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat dan tidak (juga) mendahulukannya".
(Surah Yunus: 49)

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semulajadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Selain daripada mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami isteri juga adalah merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. Terdapat juga kajian di Amerika Syarikat yang mengatakan bahawa pelukan suami dapat mengurangkan  tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu, suami yang inginkan isterinya turun berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap" , katanya yang disambut hilai tawa yang gamat daripada peserta Persidangan Ketiga Perubatan daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang, baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, hubungan seks dengan penuh kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk kelihatan awet muda dan berketerampilan menarik.

Selamat membaca dan Selamat beramal ^_^




Friday, October 14, 2011

Jaulah Ilmiyyah ila Cameron Highlands


Pada malam 5 Oktober 2011, seramai 28 orang pelajar SK LKTP Belara diiringi oleh 8 orang guru pengiring telah menyertai rombongan lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands. Lawatan selama 2 hari 1 malam ini, dirancang oleh Sir Ridhuan selaku Ketua Rombongan. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam semasa lawatan tersebut. Hope u all enjoy 2 c it :)

Kite Makan ubat dlu sblum turun..:D Ubat hilang 'mabuk' kowt...



 Beratur unt melawat MARDI, Cameron Highlands
 Bergambar kenangan di hadapan pintu gerbang MARDI
 taraaa...

 bergerak......

 Teacher Rusnita bsma 2 puteri nyer..

 Pusat Teknologi Maklumat MARDI

Sir Ridhuan memberi penerangan ringkas berkaitan pokok2 herba yang ditanam

Possing dlu...bersma Che Wan Nur Atika Putri, pteri ksayangan K.Midah ni

 Seorang pekerja sedang membubuh baja & membersihkan pokok herba

 peaceeeeee....

 1...2...3...


 yeah...ibu & anak




My Group:
1.   Nur Arisya Shahiba bt. Abd. Talib
2.   Nur Afiqah bt. Ismail
3.   Mariam bt. Ibrahim
4.   Wan Nur Karimah bt. Wan Hasan..eh?? Di mana Karimah? 



 Pokok Kaktus yang dijual

 6 pasu pokok Kaktus = RM10
Bergambar di hadpn Pusat Jualan MARDI


Menikmati Strawberi fondue :D

Mana laa tuan umah ni...kitorg dah smpai ni...

Menuggu untuk masuk ke apartmen y disewa

 Taman Agro Tourism, Ladang Strawberi terbesar

 Possing d hadapan pintu gerbang Strawberi Farm


 Yihhaa...koboi sesat dr SK LKTP Belara :P

 Menyusuri Cactus Valley

Jambu Epal di sini berharga RM 10 = 2bji

Manis & rangup rasanya...tp bila dah smpai tmpt sndri...mak aihh...masam :P

bergambar kenangan
Cak...hehe


3 biji strawberi bermanusia :D

salad segar...yummy

salad merah yang segar

strawberi yang baru berputik..syg xdpt petik


butter lattuce

menggodek2 strawberi lam cairan coklat


up alohhhhhhh...sdp nyeeee aiskrim die


berposing di sekitar Brinchang

inilah Cameron Highlands

shopping2

menaiki 'roller coster' Cameron Highlands :D

Ladang Teh BOH Cameron Highlands

saujana mata memandang

sesi penerangan sejarah Teh BOH

Proses pertama..mengisar daun teh yg dipetik ats dulang tembaga

Proses kedua..Daun yang telah dikisar akan dikeringkan sementara

mengumpul daun2 teh yang telah dikeringkan sementara
Proses pengeringan

daun teh tsbut menuju ke tempat pengasingan


Laluan daun teh menuju ke mesin pengasingan
Proses ketiga..mengasingkan urat daun dan serbuk teh

Proses terakhir..pembungkusan..sedia untk dihantar ke kilang tuk di packing




Bergambar dgn papan tanda Ladang BOH

Sekitar Galeri BOH


pemandangan sekitar ladang BOH

wajah2 nk possing


kengang-kenangan..


sayup mata memandang..pemandangan dari puncak

bahagian sisi Galeri BOH..unik

Bergambar kenangan dgn ahli rombongan
bertolak unt turun dr Ladang BOH


Sekitar Pasar Borong Cameron Highlands


sayur2...buah2...

Afni meneliti buah2 tuk dibeli

berehat & makan tengahari di Gua Musang

menikmati rezeki yang tlh ditakdirkan Allah s.w.t



ini dia 2 org pemandu pelancong kite

Alhamdulillah..tepat jam 8.15 mlm..rombongan lawatan SK LKTP Belara ke Cameron Highlands selamat pulang ke Felda Belara dengan jayanya. Semoga lawatan kali ini dapat menambah pengetahuan sedia ada & mencatatkan memori terindah buat kalian smua .

.::Pilihan Yang Ada, Boleh Tengok2::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...